Monday, August 17, 2009

Kod Makanan Haram

Pada suatu hari penulis telah diberikan sehelai risalah oleh seorang sahabat yang menerangkan tentang kod-kod makanan yang mengandungi lemak babi. Antara isi kandungan risalah tersebut adalah seperti berikut...

Kod makanan haram

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyataitu berhasil.Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280,

E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434,

E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481,

E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Sejauh mana kebenaran risalah ini ana tidak pasti. Walaubagaimanapun sebagai seorang Islam yang sejati kita mesti berhati-hati memilih makanan kita. Apa yang kita makan akan memberi kesan ke atas kita. Makanan haram akan menjadikan hati kita gelap. Apabila hati gelap , susah untuk menerima kebenaran. ANDAINYA kita meragui kesahihan risalah ini pun kita tetap mesti berhati-hati kerana orang yang warak kan meninggalkan perkara yang syubhah.

http://www.scribd.com/doc/855180/Kod-Babi-Pada-Makanan

Friday, July 17, 2009

Sunat mengaminkan doa khatib dan sunat mengangkat tangan semasa berdo’a

Sunat mengaminkan doa khatib dan sunat mengangkat tangan semasa berdo’a
Mengamin kan do’a adalah disunatkan apabila seseorang itu mendengar imam, khatib, atau siapa sahaja sedang berdoa dengan lafaz jamak yakni mereka itu memasukkan orang lain dalam do’a mereka itu.
Adapun hadis yang menyuruh diam semasa khatib membaca khutbah iaitu diam dari percakapan yang dibangsakan manusia, iaitu percakapan yang tidak ada kena mengena dengan ibadat.
Disunatkan mengangkat tangan semasa berdo’a dan mengaminkan do’a.
Adapun hadis لا يرفع يديه في شئ من دعائه إلا في الاستسقاء zahir hadis ini menapi mengangkat tangan selain pada meminta hujan sedangkan banyak hadis-hadis yang berlawanan dengan hadis ini yang mana rasulullah mengangkat tangan semasa berdo’a pada do’a lain daripada do’a meminta hujan.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar didalam kitabnya “الفتح” bahawa napi mengangkat tangan pada hadis لا يرفع يديه bukan napi pada asal mengangkat tangan tetapi menapi pada sifat yang khusus yakni menapi melebihi mengangkat tangan dari kadar biasa. Kebiasannya rasulullah mengangkat tangan paras bahu tetapi pada do’a meminta hujan baginda mengangkat tangan membetuli muka dengan dalil didalam hadis itu ada menyebut sehingga kelihatan putih ketiak baginda.
Adapun hadis:
عمارة بن رويبة: “أنه رأى بشر بن مروان يرفع يديه، فأنكر ذلك، وقال: “قبح الله هاتين اليدين، لقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ما يزيد على أن يقول بيده هكذا”، وأشار بإصبعه المسبحة.
“dari ‘Umaarah ibn Ru’aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan dan mengingkari pekara yang dilakukan oleh Bishr ibn Marwaan dan berkata :’Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.” menunjukkan larangan ini tertentu pada khatib maka pendengar khutbah tidak termasuk dalam larangan ini, kerana umum dalil mensunatkan mengangkat tangan pada berdo’a maka hendak melarang pendengar dari mengangkat tangan memerlukan dalil yang menyatakan larangan itu.
والله اعلم
Dikirim dalam Soal jawabhttp://almalakawi.wordpress.com/2009/07/16/sunat-mengaminkan-doa-khatib-dan-sunat-mengangkat-tangan-semasa-berdo%e2%80%99a/

Thursday, July 16, 2009

Al Allamah Baba Sin Surat Al Makki Meninggal Dunia


Pada hari ini, setelah lebih kurang 40 hari penulis baru mendapat khabar bahawa Baba Sin telah kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah kepada Allahyarham. Penulis mendapat berita ini setelah melayari Laman Web epondok.wordpress. Allahyarham telah meninggal dunia pada pagi hari jumaat 5/6/2009. Dunia telah kehilangan seorang lagi ulama yang sangat alim. Penulis masih teringat bagaimana penulis boleh berjumpa dan berkenalan dengan Allahyarham Baba Sin. Pada satu pagi ketika di Mekah, sewaktu pulang dari Masjidil Haram penulis berjalan beriring dengan seorang pemuda yang berasal daripada Patani. Penulis telah berbual-bual dengan pemuda tersebut. Dalam perbualan dengan pemuda itu, beliau mengatakan ada seorang tuan guru yang alim lagi berkat bernama Baba Sin tinggal di Bukit Ajyad. Penulis telah menyatakan keinginan untuk berjumpa dengan Baba Sin. Kebetulan Hotel Durrah Al Quds tempat penulis menginap selama di Mekah adalah berdekatan dengan Bukit Ajyad. Beliau menyarankan penulis naik ke Bukit Ajyad dan bertanya orang mengenai Baba Sin di sekitar Masjid Patani.
Setelah beberapa hari penulis telah berkenalan dengan saudara Abdul Razak, seorang murid yang belajar dengan Allahyarham. Semasa kunjungan Habib Umar ke Pondok Pasir Tumboh pada tahun 2008, penulis telah bertemu kembali dengan saudara Abdul Razak ini. Melalui saudara Abdul Razak ini, penulis mendapatkan maklumat lanjut tentang tempat tinggal Baba Sin.
Seterusnya , penulis telah berkunjung ke Bukit Ajyad. Berada di tempat yang asing , penulis cuba mencari bangunan masjid di atas Bukit Ajyad itu. Rupanya masjid yang penulis jumpa itu adalah Masjid Kelantan, Imamnya ialah Haji Abdullah yang berasal dari Banggu, Kota Bharu. Pada hari itu penulis tidak dapat bertemu dengan Haji Abdullah ini. Tetapi pada kunjungan kali kedua penulis telah berjaya berjumpa dengan beliau dan bertanyakan beberapa masalah agama terutamanya tentang masalah haji. Beliau rupanya seorang tenaga pengajar di Bukit Ajyad. Pada kunjungan kali pertama itu juga sebelum bertemu dengan Baba Sin, Allah rezekikan kepada penulis untuk bertemu dan berkenalan dengan seorang lagi orang alim iaitu Haji Ismail Bin Said atau Ayah Weil. Beliau adalah anak murid Allahyarham Tuan Guru Salleh Kenali dan waktu itu bertugas sebagai Imam di Masjid Aziziah Mekah. Penulis dijemput ke rumahnya dan berkenalan dengan isterinya Mak Wan. Daripada beliau penulis bertanyakan lagi tentang rumah Baba Sin. Berdasarkan maklumat beliau, akhirnya penulis berjaya menemui rumah Baba Sin. Syukur Alhamdulillah, Allah telah memperkenankan doa dan hajat penulis. Sebenarnya sebelum ini, acapkali di hadapan Baitullah penulis berdoa untuk berjumpa dengan ulama yang penulis dapat mengambil manfaat daripadanya.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru di negara ini. Teruskan usaha anda semua mendidik manusia menjadi manusia. Semua guru sememangnya sangat menyedari dan komited terhadap tanggungjawab masing-masing. Setiap sekolah mempunyai perancangan masing-masing untuk memastikan kejayaan sekolah. Para guru menjadi pelaksananya. Dalam proses itu mungkin timbul pelbagai konflik. Pengetua berkonflik dengan guru biasa, guru konflik sama guru, guru dengan murid, murid dengan murid dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh perbezaan kehendak dan pemikiran. Pengetua dengan kehendaknya iaitu memajukan sekolah, supaya sentiasa di atas sekolah-sekolah lain. Untuk itu pengetua mengerahkan tenaga para guru supaya hasrat tercapai. Guru diminta mengubah cara berfikir dan memberi komitmen 100% kepada sekolah. Dalam keadaan tertentu hal ini sudah tentu mengabaikan kebajikan guru . Guru adalah manusia. Manusia biasa. Bukan hamba. Punya perasaan. Perlu rehat. Ada keluarga. Boleh rasa tertekan. Ada harga diri. Kadang-kadang perlu kepada kompromi. Tanyalah apa kehendak guru. Bukannya arah arah arah marah marah marah. Kepada semua guru kita wajib meningkatkan usaha bagi memastikan kejayaan murid-murid kita menjadi kenyataan. Soalnya kejayaan yang macam mana. Apakah itu kejayaan. Yang zahirnya apabila murid kita lulus cemerlang dalam peperiksaan itulah dikatakan kejayaan . Ya itu memang satu bentuk kejayaan yang diharapkan. Walaubagaimanapun kita juga mesti melihat maksud kejayaan yang hakiki iaitu kejayaan dalam kehidupan akhirat. Yakni akhirnya kita dibawa ke syurga oleh ALLah. Untuk kita mesti bertanya kepada murid kita, sembahyangkah dia, pandaikah sembahyang, kenalkan ALLah, sudah makrifat hukum sifat ALLah atau pun tidak. Sudahkah tahu perkara-perkara fardhu ain. Apabila sudah dapat maklumat ini maka tolonglah murid-murid kita ini. Ambillah sedikit masa untuk menerangkan perkara agama ini. Walaupun kita dibayar gaji untuk mengajar subjek akademik tetapi ambillah sikit masa untuk menerangkan hal agama kerana ini adalah tanggungjawab kita dengan Allah. Jangan nanti di Padang Mahsyar Allah persoalkan kita, Heii Cikgu , masa di dunia engkau tahu murid mu ramai yang tak makrifat hukum sifat Tuhan. Tak kenal Allah. Tak sah makrifat maka tak sah Iman dan Islam. Apa yang telah engkau perbuat. Adakah engkau menolong mereka? Apa yang akan kita jawab nanti??? Maaflah ...ana bukan mengajar....fikir2kanlah..

Tuesday, March 3, 2009

Pandai hidup Pandai Mati-2

Pada hari ini manusia berlumba-lumba untuk mencari kesenangan hidup dunia. Dalam kesibukan mengejar dunia ini mereka melupakan akhirat. Maka rugilah kepada sesiapa yang leka dengan kehidupan dunia yang sementara dan meninggalkan kehidupan akhirat yang kekal. Untuk hidup senang didunia , macam-macam perkara mereka lakukan. Bermula dari kecil lagi anak-anak diberi pendidikan keduniaan. Anak-anak dihantar ke sekolah-sekolah. Ibu bapa pula sanggup menghantar, menunggu dan menyediakan segala kemudahan untuk anak-anak belajar. Ya, sudah tentulah perkara ini tiada salahnya dan inilah memang yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana ibu bapa pun. Soalnya apakah bentuk pendidikan yang diberikan kepada anak-anak. Adakah anak-anak diberi pendidikan yang sepatutnya seperti yang dianjurkan oleh agama. Adakah mereka diasuh mengenal Allah. Adakah iktikad anak-anak kita kita sudah betul ?. Adakah anak-anak sudah mengenal ALlah? Tanpa makrifat kepada ALlah maka iktikad seseorang tidak sah. Sekiranya tidak sah iktikad tak sahlah Islamnya. Maka tidak sah pula amal ibadatnya. Disisi Allah orang ini tidak sah iktikad Islamnya kerana tidak mengenal ALLah..Mana penulis tahu ramai anak-anak tidak mengenal ALlah....?? Sebagai seorang pendidik yang pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah di beberapa buah negeri...penulis sering bertanya tentang hal ini...hasilnya memang seperti yang dinyatakan tadi...ramai anak-anak yang tidak sah makrifatnya kerana tidak mengenal ALLah. Kenapa terjadi demikian?? Hal ini disebabkan oleh para ibu bapa yang tidak mementingkan pelajaran agama kepada anak-anak-. Mungkin mereka sendiri sudah tidak mempunyai makrifah kepada ALlah kerana kesibukan mengejar kesenangan duniawi.... Inilah salah satu situasi pandai hidup tapi tak pandai mati. Pandai mati macam mana pula ??????

Saturday, February 14, 2009

Pandai Hidup .....Pandai Mati

Tuan Guru Haji Hamid Kg Surau Bator, Jelawat ( Pak su Haji ) selalu sahaja berpesan kepada murid-muridnya... kita kena pandai mati juga, jangan hanya pandai nak hidup sahaja. Bagaimana pandai mati ???? belajarlahh...

Sunday, February 8, 2009

sambungan kepada post sebelum ini










Gambar-gambar yang dipostkan sebelum ini diambil dari internet juga. Tentu pembaca semua sudah pernah menyaksikan imej-imej tersebut. Di sini saya akan menunjukkan beberapa Imej nama Allah yang belum pernah disiarkan di mana-mana pun. Imej ini terhasil pada baju seorang hamba Allah yang telah kembali ke Rahmatullah. Ia adalah hasil daripada sarang anai-anai yang melekat pada baju Allahyarham. Ajaibnya baju itu tidak pula dikerit atau digigit atau dirosakkan oleh anai-anai. Selepas beliau meninggal dunia baju itu disimpan dalam rak baju. Perkara ini disedari apabila salah seorang cucunya membuka semula baju tersebut. Mengikut waris Allahyarham, sewaktu hidupnya beliau begitu istiqamah dengan amalan zikirnya setiap hari. Adakah hal ini suatu petanda kelebihan Allah kepada beliau? Waallahua'lam.......